|
Kajian Novel PMR
Teknik menjawab soalan
jenis perwatakan/persoalan/nilai murni/pengajaran/nilai
kemasyarakatan menggunakan konsep
BEJURUSH
|
Konsep |
B |
E |
J |
U |
R |
U |
S |
H |
|
Makna |
Berani |
Bijak |
Jujur |
Kerjasama |
Rajin |
Tidak pentingkan
diri sendiri |
Sabar |
Hormat |
Contoh Jawapan
menggunakan Teknik BEJURUSH
|
Jenis Soalan |
Contoh Jawapan |
|
Perwatakan |
Budiman seorang yang
berani contohnya Budiman berani mendedahkan kegiatan
jahat Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis. |
|
Persoalan |
Persoalan
keberanian menegakkan kebenaran contohnya Budiman berani
mendedahkan kegiatan jahat Pak Mat Tukang Masak kepada pihak
polis |
|
Nilai murni |
Nilai berani
contohnya Budiman berani mendedahkan kegiatan jahat Pak Mat
Tukang Masak kepada pihak polis.
|
|
Nilai masyarakat |
Masyarakat yang
berani contohnya Budiman berani mendedahkan kegiatan jahat
Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis. |
|
Pengajaran |
Kita hendaklah
berani menegakkan kebenaran contohnya Budiman berani
mendedahkan kegiatan jahat Pak Mat Tukang Masak kepada pihak
polis. |
Bincangkan pengajaran yang
terdapat dalam novel yang anda pelajari
|
Fakta Pengajaran |
Contoh Peristiwa
berdasarkan novel |
|
Kita hendaklah
bijak mengatasi masalah yang menimpa |
Contohnya Budiman
bijak membuat helah untuk melepaskan diri daripada terjebak
dengan kegiatan pengedaran dadah yang diatur oleh Pak Mat dengan
menyatakan kad pengenalannya terjatuh lalu melarikan diri. |
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Kita haruslah jujur
dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan. |
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Kita patutlah
bekerjasama dalam melakukan sesuatu supaya berjaya.
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Kita mestilah rajin
dalam menjalankan tugas. |
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Kita janganlah
mementingkan diri sendiri kerana itu sifat keji |
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Kita haruslah sabar
menghadapi ujian yang melanda |
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Kita patutlah
menghormati orang yang lebih tua |
Contohnya
|
|
Contohnya
|
|
Contohnya
|
Berdasarkan novel yang anda pelajari bandingan persoalannya.
Novel yang saya pelajari
semasa di tingkatan satu ialah novel Anak Din Biola karya Maaruf
Mahmud. Persoalan dalam novel tersebut ialah persoalan perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat. Ini ditunjukkan menerusi watak
Budiman, Chong dan Chandra yang tetap menjalinkan hubungan
persahabatan yang akrab walaupun berlainan kaum. Kedua, persoalan
kasih sayang sesama manusia, contohnya Pak Jais menyanyang anak-anak
yatim di bawah jagaannya dengan menyediakan tempat tinggal yang
selesa. Seterusnya persoalan ketaatan kepada ajaran agama, contohnya
Budiman sentiasa mengerjakan ibadat solat. Persoalan keistimewaan
orang cacat, contohnya Pak Wan Busu walaupun buta tetapi mahir
bermain biola.
Manakala novel yang saya
pelajari semasa di tingkatan dua ialah novel Tragedi Empat Disember
karya Dzul Karnain Ithnain. Antara persoalan yang dipaparkan ialah
persoalan semangat setia kawan, contohnya Lim, Rendra, Zanawati
sanggup melupakan rancangan ujian mereka kerana ingin mencari Azam
dan Razi yang hilang. Kedua persoalan kelemahan pasukan keselamatan,
ini terbukti apabila kapal terbang mudah dirampas dan perairan
negara mudah dicerobohi oleh musuh. selain itu persoalan ketabahan
menghadapi dugaan, contohnya keluara mangsa nahas kapal terbang
menerima takdir bahawa orang yang disayangi telah meninggalkan
mereka. Keempat persoalan semangat yang ingi9n tahu, contohnya
walaupun dalam keadaan berbahaya Azam dan razi memberanikan diri
untuk meninjau tempat kapal terbang yang terhempas untuk mengetahui
keadaan yang sebenarnya.
Manakala novel yang saya
pelajari semasa di tingkatan tiga ialah novel Kanang Cerita Seorang
Pahlawan karya Maznan Nordin. Antara persoalan yang dipaparkan
ialah persoalan komited, tegas dan ikhlas ketika menjalankan tugas,
contohnya Kanang mengutamakan kerja berbanding hal peribadi dan
beliau tidak menghaerapkan balasan. Kedua persoalan keberanian
ketika berhadapan dengan musuh, contohnya Kanang bersemangat ketika
menentang musuh begitu juga dengan anggota tentera yang lain. Ketiga
persoalan semangat setia kawan contohnya anggota tentera
bantu-membantu kletika diserang musuh. Keempat persoalan bijak
menyelesaikan masalah contohnya Kanang menyamar menjadi orang awam
ketika dikepong oleh tentera Indonesia.
Berdasarkan novel yang anda pelajari bandingan niali murni yang
dipaparkan.
Novel yang saya pelajari
semasa di tingkatan satu ialah novel Anak Din Biola karya Maaruf
Mahmud. Terdapat beberapa nilai murni yang boleh diteladani
antaranya nilai kerjasama yang dapat dilihat melalui watak Chong,
Chandra dan Budiman yang bekerjasama membersihkan Rumah Bonda.
Kedua, nilai kasih sayang, contohnya Pak Jais begitu menyayangi
anak-anak yatim di bawah jagaannya dengan menyediakan tempat
tinggal yang selesa. Seterusnya nilai rajin contohnya Budiman begitu
rajin berlatih bermain biola dengan Pak Wan Busu sehingga
pandai.Nilai bertanggungjawab contohnya Budiman sentiasa
membersihkan kubur ayahnya setiap kali dia menziarahi kubur ayahnya.
Manakala novel yang saya
pelajari semasa di tingkatan dua ialah novel Tragedi Empat Disember
karya Dzul Karnain Ithnain. Antara nilai murni yang dipaparkan ialah
nilai setia kawan, contohnya Lim, Rendra, Zanawati sanggup melupakan
rancangan ujian mereka kerana ingin mencari Azam dan Razi yang
hilang. selain itu nilai tabah, contohnya keluarga mangsa nahas
kapal terbang tabah menerima takdir bahawa orang yang disayangi
telah meninggalkan mereka.Nilai berani contohnya walaupun dalam
keadaan berbahaya Azam dan Razi memberanikan diri untuk meninjau
tempat kapal terbang yang terhempas untuk mengetahui keadaan yang
sebenarnya.
Manakala novel yang saya
pelajari semasa di tingkatan tiga ialah novel Kanang Cerita Seorang
Pahlawan karya Maznan Nordin. Antara nilai yang dipaparkan ialah
ikhlas, contohnya Kanang ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak
mengharapkan balasan. Kedua nilai berani, contohnya Kanang tidak
pernah berasa gentar atau takut apabila berhadapan dengan musuh
ketika dalam pertempuran dengan pengganas. Nilai kerjasama contohnya
dalam Operasi Gerakan Setia 8/79 Kanang dan anggota tentera yang
lain berganding bahu menentang musuh. Keempat nilai kebijaksaan
contohnya Kanang bijak menyamar menjadi orang awam ketika dikepong
oleh tentera Indonesia.
|