|
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN 16200 TUMPAT, KELANTAN. TEL: 09-7182166 MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2008 TARIKH : 30 Disember 2007 MASA : 8.30 pagi TEMPAT : Bilik Wawasan KEHADIRAN: 1. En. Wan Azizi bin Wan Ibrahim (Ketua Panitia) 2. En. Ramlee bin Omar 3. En. Mohd. Rapidi bin Mohd. Nor 4. En. Mansor bin Abdullah 5. Pn. Che Gayah bt. Che Wil 6. Pn. Mahani bt. Mat Zain 7. Pn. Siti Roslina bt. Awang 8. Pn. Sharifah bt. Abd Latiff 9. Pn. Wan Azlinawati bt. Wan Ahmad WAKIL PENTADBIR: En. Mohd. Rahimi bin Muhamad (Ketua Bidang Bahasa) TIDAK HADIR: 1. En. Muszalizi bin Mustafa (Bersebab) 2. En. Abdullah bin Awang Chik (Bersebab) | BIL | AGENDA | TINDAKAN | | 1 | Ucapan Pengerusi - Ketua Panitia selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Melayu sesi 2008.
- Pengerusi mengharapkan agar mesyuarat kali ini akan memberikan sedikit sebanyak input kepada ahli panitia.
| Semua guru BM | | 2 | Ucapan Wakil Pentadbir (Ketua Bidang Bahasa) - En. Rahimi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat pada kali ini.
- Beliau melahirkan perasaan dukacita kerana keputusan PMR tahun 2007 merosot berbanding tahun sebelumnya.
- Beliau meminta agar semua guru melipatgandakan usaha pada tahun ini bagi meningkatkan kecemerlangan subjek Bahasa Melayu terutama bagi kelas PMR dan SPM.
| Semua guru BM | | 3 | Pelantikan Setiausaha Panitia - Ahli mesyuarat sebulat suara memutuskan Pn. Wan Azlinawati dikekalkan sebagai setiausaha panitia.
| Semua guru BM | | 4 | Pengurusan Panitia - Semua guru diminta agar mengisi maklumat diri dalam kertas edaran dan menghantar bersama-sama dengan salinan jadual waktu untuk simpanan fail panitia.
- Semua guru diminta memasukkan sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan dalam buku persediaan mengajar.
- Huraian pelajaran boleh diletakkan dalam fail berasingan.
- Semua guru perlu memastikan buku persediaan mengajar siap ditulis pada hari pertama persekolahan (2 Januari 2008)
- Mesyuarat memutuskan pelantikan penyelaras tingkatan adalah seperti berikut:
a. Tingkatan 1: En. Ramlee bin Omar b. Tingkatan 2: Pn. Mahani bt. Mat Zain c. Tingkatan 3: En. Mohd. Rapidi Mohd Nor d. Tingkatan 4: En. Mansor bin Abdullah e. Tingkatan 5: En. Muszalizi bin Mustafa - Mesyuarat juga memutuskan agihan tugas berkaitan dengan penyediaan soalan dan skema peperiksaan adalah seperti berikut:
a. Tingkatan 1: Pn. Siti Roslina dan Pn. Sharifah b. Tingkatan 2: Pn. Mahani dan Pn. Che Gayah c. Tingkatan 3: En. Mohd Rapidi dan Pn. Wan Azlinawati d. Tingkatan 4: En. Wan Azizi dan En. Mansor e. Tingkatan 5: En. Mohd Rahimi dan En. Muszalizi | Semua guru BM | | 5 | Laporan Analisis PMR 2007 dan Post Mortem (rujuk lampiran 1) - Pelajar yang lulus Bahasa Melayu seramai 159 orang atau 88.8%, manakala yang gagal seramai 20 orang atau 11.2%.
| Semua guru BM | | 6 | Laporan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2007 (rujuk lampiran 2) - Peratus pelajar tingkatan 1 yang lulus ialah 52.46%, manakala gagal sebanyak 47.54%.
- Peratus pelajar tingkatan 2 yang lulus ialah 86.56%, manakala gagal sebanyak 13.44%.
- Peratus pelajar tingkatan 4 yang lulus ialah 81.00%, manakala gagal sebanyak 19.00%.
- Kegagalan pelajar dalam peperiksaan ini disebabkan oleh pelajar itu tidak dapat menguasai aspek kemahiran 2M.
- Situasi ini ditambah pula dengan kekerapan pelajar tidak hadir ke sekolah dan tidak memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran.
- Manakala kekuatannya berkait rapat dengan penguasaan pelajar dalam teknik menjawab dan kemahiran asas.
| Semua guru BM | | 7 | Target PMR 2008 - Target Panitia Bahasa Melayu untuk PMR 2007 ialah 100%.
- Perincian amnya adalah seperti yang berikut:
Jumlah calon: 189 orang Gred A: 60 orang Gred B: 95 orang Gred C: 14 orang Gred D: 20 orang | Semua guru BM | | 8 | Perancangan Tahun 2008 - Pengerusi memaklumkan bahawa perancangan pada tahun lepas akan diteruskan dan ditambahbaikkan bagi meningkatkan kecemerlangan para pelajar.
- Antaranya ialah:
- Seminar teknik menjawab soalan
- Kelas tambahan
- Ceramah motivasi
- Program mentor-mentee BM
- Kelas pemulihan (BITARA)
- Projek buku skrap
- Kelas anjal pada minggu-minggu terakhir menjelang peperiksaan PMR tidak akan dilaksanakan pada tahun ini.
| Semua guru BM | | 9 | Pencerapan Guru dan Buku Nota Pelajar 1. Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan guru akan dilakukan oleh pentadbir pada bila-bila masa sahaja. 2. Buku nota/latihan pelajar akan disemak oleh pentadbir berdasarkan tarikh yang ditetapkan dalam buku pengurusan sekolah. | Semua guru BM | | 10 | Hal-hal Lain - Pengerusi mengingatkan semua guru agar melaksanakan PLBS (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan ULBS (Tingkatan 4 dan 5) mengikut masa yang telah dijadualkan.
- Setiap pelajar yang menjalani ujian lisan haruslah mempunyai bahan dan disimpan dalam fail untuk rujukan.
- Guru-guru yang mengajar tingkatan 1, 2 dan 4 tahun 2007 hendaklah menyerahkan fail berkaitan dengan ujian lisan kepada guru yang mengajar tingkatan 2, 3 dan 5.
- Pn. Siti Roslina mencadangkan pengajaran pelajar-pelajar kelas akhir berfokuskan peperiksaan bagi mencapai target yang disasarkan.
- Pn. Che Gayah menyatakan kebanyakan pelajar kurang bermotivasi dan tidak ada kesungguhan untuk berjaya dalam pelajaran.
| Semua guru BM | Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.55 pagi. | Disediakan oleh, ---------------------------------------------------- (WAN AZLINAWATI BINTI WAN AHMAD) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu SMK Berangan 2008 | Disemak oleh, --------------------------------------------------- (WAN AZIZI BIN WAN IBRAHIM) Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Berangan 2008 | POST MORTEM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PMR 2007 Berdasarkan keputusan peperiksaan PMR 2007 mata pelajaran Bahasa Melayu memeperlihatkan kemerosotan yang begitu ketara. Justeru pihak panitia telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang menyumbang kepada kemerosotan itu. KELEMAHAN Antara kelemahan yang telah dikenal pasti ialah - Pelajar gagal menguasai kemahiran membaca, memahami dan menulis. (Buta huruf)
- Pelajar sering ponteng kelas dan tidak hadir ke sekolah.
- Pelajar tidak memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
- Tugasan/kerja sekolah yang diberikan gagal disiapkan oleh pelajar-pelajar pada masa yang ditetapkan.
- Pelajar sering tidak menghadiri program pemulihan dan pengayaan yang diadakan.
KEKUATAN Namun begitu terdapat beberapa kekuatan yang harus diperhatikan demi kecemerlangan - Mempunyai guru yang berpengalaman dalam aspek pengajaran bahasa Melayu dan berpengalaman dalam menanda kertas peperiksaan bahasa Melayu PMR di peringkat kebangsaan
- Pelajar menguasai teknik menjawab soalan penulisan (kertas 2)
- Latih tubi sentiasa diadakan dari semasa ke semasa
- Kelas pemulihan dan pengayaan diadakan pada bulan Mac hingga hari-hari terakhir menjelang peperiksaan PMR
- Seminar teknik menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu diadakan sebanyak 2 kali setahun.
- Bimbingan guru secara personal diadakan pada bulan Julai hingga September.
- Peperiksaan Pra PMR diadakan sebulan sebelum peperiksaan sebenar.
STRATEGI Justeru, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi kemelut kemerosotan tersebut. - Mengadakan kelas pemulihan 2M dan pengayaan bahasa Melayu.
- Pelajar yang lemah diberi karangan contoh untuk disalin.
- Pelajar didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan terkini.
- Mengadakan program Bimbingan Rakan Galus.
- Mengadakan program Bimbingan Individu kepada pelajar yang amat lemah.
GRAF POST MORTEM BAHASA MELAYU PMR 2003 - PMR 2007  |