Yang kurip itu kundi . Yang merah itu saga. Yang cantik itu budi. Yang indah itu bahasa.

 

PANITIA

MATA PELAJARAN


 HOME

 Organisasi

 Perancangan

 Plot Novel

 Kajian Novel

 Panggilan mesyuarat

 

 Pautan Panitia

 Panitia Bahasa Melayu

 Panitia Bahasa Inggeris

 Panatia Matematik

 Panitia Sains

 Panitia Sejarah

 Panitia Geografi

 Panitia Pendidikan Islam

 Panitia Pendidikan Seni  

 Visual

 Panitia Kemahiran Hidup

 Panitia Ekonomi Asas

 Panitia Sivik

 

 


  *********************

 

 

Plot Novel

 Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan 

Plot- rentetan peristiwa dalam sesebuah karya sama ada cerpen, novel dan seumpamanya. 

Plot novel DHP dan PGt ialah kronologi iaitu beralaku secara urutan masa. 

Bahagian Plot

Di Hadapan Pulau

Putera Gunung Tahan

Pengenalan

Pengarang memperkenalkan watak Aziz, Afidah, Tuk Marzuki dan sebagainya. Pengarang menceritakan suasana dan latar belakang di sebuah perkampungan di tepi laut pada sekitar tahun 1940-an.

Pengarang mengimbau kisah-kisah tentang kepahlawanan pahlawan-pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman,  Tok Gajah dan Mat Kilau yang menjadi lambang kemasyhuran Pahang.

Pengembangan

Aziz ke rumah Syed Fikri uantuk menolongnya bercucuk tanam. Budin pula pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukul Joyah. Tuk Marzuki pergi ke Merlimau Melaka untuk mencari bekalan makanan. Jepun menyerang kampung Aziz menyebabkan Tuk Marzuki mati kerana dibom.

Kedatangan Tuan Robert dan Tuan William ke Tanah Melayu untuk mencari kawasan peranginan untuk pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu.Tuan Robert dan Tuan William mendaki Gunung Tahan. Tuan Robert ditangkap oleh orang Sakai dan kemudiannya mati apabila terjatuh pokok ketika mengejar gadis Sakai yang digilainya. Tuan William meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan dan telah berjumpa dengan Ratu Bongsu.

Klimaks

Rakyat semakin tertekan, menderita dan kelaparan kerana ketiadaan makanan. Rosiah telah menggadai maruah dirinya kepada tentera Jepun dan Kapten Hebat telah memakan Mokmeng (monyet) kerana kelaparan.

Kedatangan dua buah kapal terbang Inggeris di puncak Gunung Tahan dan mengebom istana Ratu Bongsu. istana Ratu Bongsu musnah

Peleraian

Mak Ketong, Afidah dan Aziz ingin kepulau misteri tetapi tidak kesampaian apabila siren peperangan dibunyikan. Rakyat terus hidup menderita dan kelaparan.

Tuan William terkorban. Mem William bersetuju untuk berkahwin dengan Ratu Bongsu dan tinggal di Gunung Tahan untuk selamanya.

  

 

 

 

 

 

 

Teknik Plot /Teknik Penceritaan/

Cara pengarang menyampaikan ceritanya.

 

Teknik

Di Hadapan Pulau

Putera Gunung Tahan

Pemerian

Pengarang menjelaskan ayah Aziz telah mati  dua bulan yang lalu.Aziz merupakan anak yatim tetapi mempunyai ibu dan seorang adik yang tidak pernah dijumpainya.

Pengarang menjelaskan punca kematian Ali yang dipatuk oleh ular tedung.

Imbas kembali

Aziz teringatkan ayahnya yang pernah menjadi mekanik kapal dan pernah membawanya bersiar-siar mengelilingi pulau misteri.

Perempuan tua menceritakan peristiwanya ditinggalkan oleh sahabatnya keseorangan di dalam hutan ketika sedang sarat mengandung.

Dialog

Perbualan Aziz dan Rosiah. Rosiah meminta Aziz supaya tidak mendedahkan perbuatan kejinya kepada penduduk kampung. Sebagai balasan Aziz diberikan makanan oleh Rosiah.

Perbualan perempuan tua dengan Tuan Robert ketika di perkampungan orang Sakai. Tuan Robert memujuk perempuan tua supaya menyerahkan kepadanya kulit, kuku dan taring harimau putih

Imbas Muka

Zubir dan Raihan menggambarkan suasana perang iaitu bom yang besar akan jatuh dan peluru meriam pula seperti hujan.

Tuan Robert membayangkan keadaan dirinya yang akan kaya  sekiranya berjaya mendapatkan kuku,kulit dan taring harimau putih daripada  perempuan tua.

saspens

Afidah berlari sambil menangis selepas mendengar berita shelter dibom. Pembaca tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku terutamanya kepada Tuk Marzuki.

Kedatangan dua buah kapal terbang di puncak Gunung Tahan. Pembaca tertanya-tanya apakah tujuan  kapal terbang itu berada di puncak Gunung Tahan.

Menolog

Afidah menangis dan meraung di kubur Tuk Marzuki. Afidah bercakap sendiri tentang masa depannya setelah Tuk Marzuki mati.

Tuan William memohon maaf dan ampun daripada Tuhan dan Nabi Isa  atas segala kesalahannya iaitu hendak membunuh orang yang tidak berdosa dan merampas kesenangan orang lain ketika hampir mati kerana terhidu gas beracun ekoran pengeboman istana Ratu Bongsu.

Menolog dalaman

Tuk Marzuki tertanya-tanya tujuan Mustafa mengembara ke tempat lain meninggalkan Rukiah yang telah tua seorang diri.

Perempuan tua memikirkan cara untuk menginsafkan/mengenakan Tuan Robert yang begitu sombong dan ego yang telah menghina agama Islam yang dianuti oleh perempuan tua dan amalan masyarakat Sakai.

 

Ps.  Tulis jawapan dalam bentuk karangan