HOME

 

Panitia Geografi

 

Ketua Panitia

 

Puan Wan Teratai binti Wan Yusoff

 

AJK

Puan Kamariah Sulaiman

 

 

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI

KALI PERTAMA TAHUN 2008

 

Tarikh             :             31-12-2007 (Isnin)           

Masa               :             8.30 pagi

Tempat            :             Perpustakaan SMKB

Kehadiran       :              1. En. Mahadi Bin Yusoff (Guru Kanan Sains Matemtik)

 

Bil

    Perkara

           Cadangan/Keputusan    

Tindakan

 

 

1.1

 

Ucapan Pengerusi

 

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Guru Kanan Sains dan Matematik iaitu En. Mahadi Yusoff dan semua ahli panitia yang hadir dalam mesyuarat panitia kali pertama ini.

 

Pengerusi mengharapkan semua ahli panitia bersemangat untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Geografi terutama dalam PMR.

 

 

 

1.2

 

Ucapan Wakil Pentadbir

 

Guru Kanan mengalu-alukan kehadiran semua ahli panitia dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli panitia dalam meningkatkan prestasi mata pelajaran Geografi.

 

Beliau juga menyeru agar guru-guru tidak putus asa meskipun keputusan bagi mata pelajaran Geografi bagi tahun 2007 menurun berbanding 2006.

 

 

 

 

 

Semua Guru Geografi

 

1.3

 

Perlantikan AJK Panitia Geografi 2008

 

Ahli-ahli sebulat suara melantik Pn. Kamariah Bt Che Sulaiman sebagai setiausaha Panitia Geografi 2008.

 

 

Manakala penyelaras tingkatan adalah seperti berikut:

 

Tingkatan 1    - Pn Wan Teratai Bt Yusoff

Tingkatan 2  -   Pn Kamariah Bt Che                       

                          Sulaiman

Tingkatan 3  -   En. Mansor Bin Abdullah

 

 

 

 

1.4

 

Pembentangan Minit Mesyuarat yang Lepas

 

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas

 

 

Setiausaha

 

 

1.5

 

Pengesahan Minit Mesyuarat

 

Minit mesyuarat disahkan oleh En. Mansor dan disokong oleh Pn. Wan Teratai.

 

 

 

1.6

 

Persiapan P & P 2008

 

Pengerusi mengingatkan agar semua guru melengkapkan sukatan dan huraian dalam buku pengajaran masing-masing. Buku pengajaran perlu dihantar pada masa yang telah ditetapkan.

 

 

Semua Guru

 

Geografi

 

1.7

 

Laporan Analisis PMR 2007 dan Post Mortem

 

Secara keseluruhan keputusan peperiksaan PMR bagi mata pelajaran Geografi ialah 93.9%.

 

Secara amnya pencapaian mengikut gred  adalah seperti berikut:

         

       A – 13 orang (7.2%)

       B – 28 orang (15.6%)

       C – 76 orang (42.2%)

       D – 52 orang (28.9%)

       E – 11 orang (6.1%)

 

Untuk mendapat keputusan yang lebih terperinci, sila rujuk lampiran.

 

 

 

 

1.8

 

Target PMR 2008

 

Target PMR bagi 2008 ialah 98.95%.

Target mengikut gred seperti berikut:

-         A – 50 orang(26.46%)

-         B – 70 orang(37.04%)

-         C – 45 orang(23.81%)

-         D – 22 orang(11.64%)

-         E - 2 orang(1.05%)

-          

 

 

1.9

 

Laporan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2007 dan Post Mortem

 

Secara keseluruhan keputusan peperiksaan akhir tahun bagi mata pelajarn Geografi adalah seperti berikut:

 

-Tingkatan  1 : 120 orang (63.49%)

-Tingkatan  2 : 151 orang (80.75%)

 

-keputusan terperinci sila rujuk lampiran

 

 

 

1.10

 

Perancangan Tahun 2008

 

Sukatan pelajaran perlu dihabiskan sebelum bulan Julai bagi tingkatan 3 supaya ulangkaji dapat lakukan lebih awal. Manakala bagi tingkatan 1 dan 2 pada bulan September.

 

Kelas tambahan bagi tingkatan 3 akan dijalankan lebih intensif dan semua pelajar diwajibkan hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

Pelajar-pelajar diwajibkan menjawab soalan objektif  sekurang-kurangnya :

-         500 soalan sebulan bagi tingkatan 3A1 dan 3A2

-         250 soalan sebulan bagi 3A3 dan 3A4

-         100 soalan sebulan bagi 3A5 dan 3A6

 

Bagi kelas bukan peperiksaan, pelajar diwajibkan menjawab semua soalan dalam buku teks dan buku kerja yang menjadi pilihan guru masing-masing.

 

Guru penyedia soalan bagi setiap tingkatan adalah seperti berikut:

 

-Tingkatan 1 – Pn Wan Teratai

-Tingkatan 2 – Pn Kamariah

-Tingkatan 3 – En. Mansor

 

 

 

 

 

Semua guru Geografi

 

 

1.11

 

Pencerapan Guru dan Buku Nota Pelajar

 

Pencerapan buku nota dan latihan pelajar akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam buku pengurusan sekolah. Manakala pencerapan guru akan dilakukan oleh guru kanan sepanjang masa untuk membaiki mutu pengajaran guru.

 

 

 

 

 

 

 

 

1.12

 

Hal-hal lain

 

Pengerusi mengingatkan agar guru-guru melengkapkan –

        -biodata

        -jadual waktu

        -Sukatan pelajaran

        -Huraian sukatan pelajaran

        -Rancangn Tahunan

        -Carta Aliran

Perkara diatas perlu ditulis atau ditampal dalam buku persediaan mengajar masing-masing.

 

En Mansor menyatakan masalah berkaitan dengan pelajar yang enggan menyiapkan kerja kursus dan ini menganggu proses P & P.

Pengerusi menyatakan bahawa kerja kursus boleh disiapkan semasa kelas tambahan jika terpaksa. Tetapi biasanya pelajar yang bermasalah sebegini juga tidak hadir kelas tambahan. Masalah pelajar tidak menyiapkan kerja kursus ada kaitan dengan masalah disiplin pelajar dan memerlukan kerjasama daripada pihak pentadbir.

 

 

 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

 

 

 

 

 

Disedikan oleh,                                                       Disemak oleh,

 

………………………………                                 ……………………………….

(Pn. Kamariah Bt. Che Sulaiman)                                 (Pn. Wan Teratai Bt. Yusoff)

 

 

 

                                    Disahkan oleh,

                                  

                                    ……………………………..

                                    ( En. Mahadi B. Yusof)

 

 

Pautan Panitia

 Panitia Bahasa Melayu

 Panitia Bahasa Inggeris

 Panatia Matematik

 Panitia Sains

 Panitia Sejarah

 Panitia Geografi

 Panitia Pendidikan Islam

 Panitia Pendidikan Seni  

 Visual

 Panitia Kemahiran Hidup

 Panitia Ekonomi Asas

 Panitia Sivik

 Panitia PJK

 Panitia Bahasa Arab

 Panitia Tasawwur Islam


Laporan Minit Mesyuarat
Contoh Rancangan Pengajaran
Rancangan Pengajaran Tingkatan 1, 2, 3.
Analisis SWORT
Post Mortem PMR 2006
Minit Panitia 2008

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ramo/smkberangan