|
Nama Matapelajaran : MATEMATIK
Tarikh Mesyuarat : 8 Januari 2007
Hari : Ahad
Waktu : 1.20 Tengahari
Kehadiran : Pn Rabiatul Adawiyah bt
Abdullah
Pn Rafiah bt Mohd
Shafien
En. Alias b Ismail
En. Wee Chien
En. Irwan
En. Mahadi
En. Zulkhairi Othman
En. Baharun
MINIT MESYUARAT
|
BIL |
AGENDA |
PERKARA/CADANGAN/KEPUTUSAN |
TINDAKAN |
|
1.0 |
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis |
Ketua Panitia Pn Rabiatul Adawiyah selaku Pengerusi Majlis pada
petang itu mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih diatas
kehadiran semua guru yang mengajar matapelajaran matematik pada
tahun ini. Beliau juga mengucapkan setinggi tahniah kepada
tenaga pengajar Matematik PMR diatas kecemerlangan keputusan PMR
2006. Keputusan PMR meningkat daripada 88.77 pada tahun 2005
kepada 90.52.
|
|
|
2.0 |
Perlantikan AJK Panitia Matematik 2007 |
Semua ahli mesyuarat sepakat untuk mengekalkan Setiausaha yang
lama Pn Rafiah sebagai setiausaha untuk tahun 2007.
|
|
|
3.0 |
Dasar Kurikulum |
ETEMS
Ketua Panitia menyarankan agarguru-guru sebolehnya menggunakan
bahasa Inggeris semaksima mungkin dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar mesti didedahkan dengan penggunaan bahasa
Inggeris disebabkan pada tahun 2008 semua peperiksaan akan
dijalankan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Untuk mengunakan
CD, semuanya boleh didapati daripada makmal computer sekolah,
guru-guru boleh merujuk terus kepada En. Alias Ismail untuk
sebarang pinjaman dan kemusykilan. Pelajar-pelajar boleh dibawa
ke makmal computer sekolah untuk tayangan.
Dasar 60:40
Ketua Panitia menyarankan agar guru bersungguh-sungguh
memberikan kefahaman kepada pelajar dan berusaha dengan lebih
gigih lagi diperingkat menengah rendah bagi menrealisasikan
dasar ini di tingkatan 4.
|
|
|
4.0 |
Laporan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2006 dan Post Mortem. |
Tingkatan 1
Masih ramai pelajar berada ditahap EK dan EL.
Keseluruhannya hanya ditahap memuaskan.
Ketua panitia mencadangkan agarguru-guru menekankan tajuk-tajuk
penting. Beliau juga meminta guru-guru agar sentiasa menanda
buku-buku latihan pelajar.
Tingkatan 2
Tiada pelajar yang memperolehi A, kebanyakan
pelajar hanya berada ditahap EL dan EK.
Tahap pencapaian keseluruhan lemah. Guru guru mesti berusaha
gigih untuk menaikkan peratus lulus yang agak rendah.
Tingkatan 4
Untuk analisis Tingkatan 4, sebahagian besar
pelajar hanya memperolehi 7D. Hanya 56.63% sahaja pelajar yang
lulus. Peperiksaan akhir tahun 2006 boleh dikategorikan sebagai
agak susah.
Untuk keputusan lebih terperinci sila rujuk
LAMPIRAN1
|
|
|
5.0 |
Laporan Analisis Peperiksaan PMR 2006 dan Post Mortem |
Secara keseluruhannya keputusan PMR kali ini
meningkat. Peratus lulus adalah 90.52%.
Pelajar yang memperolehi A adalah 15.17%. sebahagian besar
relajar berada di tahap D iaitu dengan 41.71%. Untuk analisis
lebih terperinci dan mengikut kelas sila rujuk LAMPIRAN 2
|
|
|
6.0 |
Target PMR 2007 |
Untuk PMR 2007 Semua Guru sepakat buntuk berusaha dengan lebih
gigih lagi bagi meningkatkan peratus lulus daripada 90.52 kepada
97% pada tahun 2007. Bagi pelajar yang mendapat
A pula akan dinaikkan kepada 35 orang.
|
|
|
7.0 |
Perancangan Tahun 2007 |
Untuk PMR dan SPM En. Alias mencadangkan agar senarai pelan
tindakan dibuat menggunakan carta gant.
-Kem Matematik
Dikekalkan dan akan diubahsuai. Pelajar akan
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu cemerlang dan galus (EL/EK).
-Seminar
Untuk semua pelajar menjelang PMR dan SPM
-Teknik Menjawab
Pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawab
soalan PMR dan SPM. Ceramah akan diberikan oleh guru yang
berpengalaman.
-Tuisyen akan memberikan perhatian yang lebih
kepada soalan yang berbentuk peperiksaan.
|
|
|
8.0 |
Pencerapan Guru dan Buku Nota/Latihan Pelajar |
Buku-buku akan diverap pleh pihak pentadbir
mengikut jadual yang diberikan. Ketua panitia mengingatkan agar
guru-guru peka terhadap jadual tersebut. Buku latihan hendakalah
sentiasa ditanda. Sekiranya relajar salah
minta mereka membuat pembetulan dengan menggunkan pen merah.
|
|
|
9.0 |
Hal-hal lain |
Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan pelajaran
tahunan menggunakan carta gant.
Matematik
-En Irwan -T1
-En Zulhairi -T2
-En Alias -T3
-En Wee -T4
-Pn Rafiah -T5
Matematik Tambahan
-Pn Rabiatul -T4
-En Wee -T5
Pengerusi juga meminta ketua bidang matematik
sains En. Mahadi untuk mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran
Matrematik T5 daripada sekolah lain. Ini memandangkan tiada guru
yang menghadiri kursus ETEMS pada tahun ini.
|
|
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 ptg.
Disediakan Oleh
..........................
(PN. RAFIAH MOHD SHAFIEN)
S/U PANITIA MATEMATIK
Disemak Oleh,
..................................
(PN RABIATUL ADAWIYAH ABDULLAH)
KETUA PANITIA MATEMATIK
SMK BERANGAN, TUMPAT
Disahkan Oleh,
...................................
S.K 1. Unit Kurikulum PPD
2. Tuan Pengetua SMK Berangan
3. PKP, SMK Berangan
|