SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN
16200 TUMPAT, KELANTAN.
POST MORTEM GEOGRAFI
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 DAN 2
KEKUATAN
Sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan
Pelajar telah diberi pendedahan menjawab soalan latih-tubi.
Latih-tubi dijalankan secara berterusan melalui buku kerja dan lembaran kerja.
KELEMAHAN
Faktor Pelajar Gagal
Pelajar tidak membuat latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Pelajar tiada motivasi diri.
Kehadiran ke kelas harian dan kelas bimbingan merosot terutama kelas hujung.
Pelajar tidak menumpukan perhatian pada pengajaran guru semasa dikelas.
Bilangan pelajar yang gagal menguasai 3M tinggi.
Kekurangan guru opsyen menyebabkan, pelajar tidak mendapat bimbingan yang sepenuhnya.
Faktor Pelajar Tidak Cemerlang
Soalan yang dikemukan semasa peperiksaan akhir tahun tidak mengikut sukatan pelajaran yang disediakan.
Aras kesukaran soalan pada tahap tinggi (tidak sesuai dengan tahap kognitif pelajar) khususnya soalan tingkatan satu.
Terdapat soalan yang dikemukakan tidak terdapat munasabah khususnya soalan tingkatan satu.
PERANCANGAN, STRATEGI DAN CADANGAN
Guru mesti menghabiskan sukatan pelajaran sepenuhnya
Peruntukkan 5 minit seminggu untuk memberi motivasi kepada pelajar.
Memperbanyakkan latih tubi soalan-soalan topikal.
Membuat analisis soalan lalu bersama pelajar bagi mengenalpasti bentuk soalan.
Buku Ulangkaji yang dibeli mesti digunakan semaksimumnya.
Klasifikasi murid-murid mengikut kemahiran dan pencapaian.
Guru-guru hendaklah sentiasa memantau nota dan latihan pelajar.
Soalan yang dikeluarkan oleh PKPSM seharusnya berkualiti (sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar dan sukatan yang dikeluarkan)
Di sediakan oleh:
Wan Teratai bt Yusoff
Ketua Panitia Geografi 2007