'Menerajui Kecemerlangan Akademik Menjelang 2010'

SMK BERANGAN. TUMPAT, KELANTAN

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

 HOME

  Carta Organisasi

 Guru-Guru KH

 Kreteria Kerja Kursus

 Analisis PMR 2006

 Belanjawan 2007

 Post Mortem PMR 2006

 Post Mortem PMR 2007

 Minit Mesyuarat Panitia  2007

 Minit Mesyuarat Panitia 08

 Rancangan Tahunan

 

 Pautan Panitia

 Panitia Bahasa Melayu

 Panitia Bahasa Inggeris

 Panatia Matematik

 Panitia Sains

 Panitia Sejarah

 Panitia Geografi

 Panitia Pendidikan Islam

 Panitia Pendidikan Seni  

 Visual

 Panitia Kemahiran Hidup

 Panitia Ekonomi Asas

 Panitia Sivik

 

********************

 

 

SEKOLAH MENENGAH 
KEBANGSAAN BERANGAN, 
16200 TUMPAT 
KELANTAN

 

 

 

AGENDA MESYUARAT PERTAMA PANITIA  KEMAHIRAN HIDUP

 

TARIKH    :    18   JANUARI   2007

TEMPAT   :     BENGKEL  KHB

MASA        :    1.30 TENGAHARI

 

 AGENDA :

 

1.0    Ucapan  Pengerusi

2.0    Perlantikan  AJK Panitia KHB 2007

3.0    Agihan Jadual waktu dan peruntukan guru

4.0    Sukatan dan huraian sukatan mata pelajaran

5.0    Buku persediaan mengajar

6.0    Analisis keputusan PMR 2006, post  Mortem, TOV dan  target 2007

7.0    Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

8.0    Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan

9.0    Pembelian barang dan pengurusan stok

10.0 Projek Juara

11.0 Hal-hal lain

 

KEHADIRAN:

  1. En.Hashim b. Mamat ( Ketua Bidang Teknik dan Vokasional)

  2. En. Ariffin b. Mamat

  3. Cik Normah bt Yusof

  4. Puan Ruzilawati bt Abd. Aziz

  5. Puan Zakiah bt Jusoh

  6. Puan Siti Fatimah bt. Husain

 

 

BIL

 

AGENDA/ PERKARA

 

TINDAKAN

 

1.0

 

 

 

Ucapan Pengerusi

1.1  Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al- Fatihah dan

       mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir

       serta mengucapkan selamat datang kepada guru baru

       Pn. Ruzilawati bt. Abd. Aziz dari SMK Kubang Bemban,

       Pasir Mas.

1.2  Kemungkinan panitia kemahiran Hidup akan kehilangan

       seorang guru lama iaitu Pn. Siti Fatimah bt Husain yang

       akan bertukar awal Februari nanti .   

 

 

 

Makluman

 

 

2.0

 

Perlantikan AJK  Panitia KHB 2007

2.1 Perlantikan Setiausaha yang baru bagi sesi 2007 ialah

      Puan Zakiah bt Jusoh.

      Cadangan : Cik Normah bt Yusof

      Sokongan : En. Hashim b. Mamat

2.2 Semua guru yang mengajar mata pelajaran KHB adalah

      ahli Jawatankuasa Panitia Kemahiran Hidup   

 

 

 

 

Makluman

 

3.0

 

 

 

 

Agihan Jadual waktu  dan peruntukan guru

3.1 Semua guru telah mendapat jadual masing-masing buat

      kali kedua selepas sekolah dibuka dan purata waktu

      mengajar bagi setiap guru ialah 26 waktu.

3.2 Bilangan guru mata pelajaran KHB dikira mencukupi

      Dengan nisbah pelajar sekiranya pertukaran Pn. Siti

      Fatimah berjaya. Buat masa ini secara purata Setiap guru

      mengajar  20 waktu mata  pelajaran kemahiran hidup dan

      6 waktu mata pelajaran  sivik atau mata pelajaran

      pendidikan seni.

3.3 Setiap kelas  dibahagi kepada dua orang guru mengikut

      elektif masing-masing iaitu Kemahiran Teknikal dan ERT

          

 

 

Makluman

 

4.0

 

 

 

 

 

 

 

 

BIL

 

Sukatan dan Huraian Sukatan Mata Pelajaran KHB

4.1 Setiap guru harus mempunyai sukatan dan huraian sukatan

      mata pelajaran serta membuat rancangan pengajaran

      tahunan berpandukan huraian sukatan mata pelajaran .

      Rancangan tahunan haruslah dirancang supaya tidak

      bertembung waktu amali yang sama bagi kedua-dua

      pilihan kemahiran taknikal dan pilihan ERT

 

 

AGENDA/PERKARA

 

 

Semua guru

 

 

 

 

 

 

 

TINDAKAN

 

 

 

4.2    Tugas membuat rancangan pelajaran tahunan dibahagikan kepada dua pilihan :

a)      Pilihan ERT – Ting 1,2 dan 3  dibuat oleh Puan Zakiah

b)      Pilihan KT   -  Ting 1,2 dan 3 dibuat oleh En. Ariffin

      -Pastikan semua guru mendapat satu salinan untuk setiap

       pilihan

4.3  Guru harus mengajar mengikut Huraian Sukatan Mata

       Pelajaran (HSP) sahaja kerana soalan peperiksaan PMR

       berpandukan HSP

 

 

 

 

Puan Zakiah

Dan En. Ariffin.

 

  5.0

 

Buku Persediaan Mengajar

5.1 Maklumat di dalam buku persediaan mengajar haruslah  

      mengandungi :

a)      Maklumat Diri

b)      Jadual waktu persendirian/kelas

c)      Sukatan mata pelajaran

d)      Huraian sukatan mata pelajaran

e)      Rancangan tahunan

f)        Carta alir proses pengajaran dan pembelajaran

g)      Rancangan mengajar Harian

h)      Nama pelajar kelas yang di ajar

i)        Markah ujian bulanan dan peperiksaan

5.2 Cara menulis buku persediaan mengajar haruslah

      mengambil kira kelompok sasaran dan kepelbagaian tahap

      kecerdasan pelajar. Guru di galakkan menggunakan ABM

      untuk menarik minat pelajar. 

5.3 Buku persediaan mengajar harus ditulis dan dibawa ke

      dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.                                   

 

 

 

Semua guru

 

   6.0

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BIL

 

 Analisis Keputusan PMR 2006, Post Mortem ,

 Tov dan Target 2007

 

6.1 Analisia PMR 2006

      Pencapaian mata pelajaran KHB dalam PMR  2006 telah

      meningkat berbanding tahun 2005. Peningkatan dinilai dari

      aspek :    

 i) Kuantiti (Peratus Lulus)

a)      Pilihan Kem. Teknikal  mencapai 100 % lulus berbanding 97.2 % tahun 2005

b)      Pilihan Eko.Rumah Tangga mencapai 100 % lulus berbanding 96.34 % tahun 2005 

 

AGENDA /PERKARA 

 

 

 

 

Makluman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TINDAKAN

 

 ii) Kualiti (Gred)

     a) Pencapaian gred A meningkat bagi pilihan ERT iaitu

         seramai 58 calon (2006)  berbanding 40 calon (2005)         

     b) Tiada seorang pun calon pilihan ERT mendapat gred D

          pada tahun 2006 berbanding seramai 4 calon gred D dan 

          3 calon gagal (2005) manakala calon pilihan KT

          menurun bilangan gred D daripada 11 calon kepada 9

          calon.      

 iii) Bagi pencapaian Mata pelajaran KHB peringkat daerah

      Tumpat, SMK Berangan mendapat tempat ke Empat

      daripada 10 buah sekolah seluruh Tumpat. Tahniah dan

      syabas kepada guru-guru yang mengajar  tingkatan tiga

      dan semoga pencapaian PMR 2007 semakin melonjak.

6.2 Post Mortem

      Mencapaian pelajar pilihan ERT meningkat kerana

      penekanan diberi kepada tajuk elektif dan  menyiapkan

      kerja kursus dengan baik, manakala pelajar elektif KT

      tidak mencapai target kerana ramai yang tidak boleh

      membaca sedangkan soalan pilihan Kemahiran Teknikal

      lebih susah.

6.3 TOV

       Nilai Tov diambil daripada peperiksaan akhir tahun 2006

       Oleh itu setiap guru harus membuat target berdasarkan

       keputusan peperiksaan tersebut agar  guru boleh membuat

       penumpuan kepada pelajar target sekaligus boleh

       mencapai kejayaan PMR 2007 .

6.3 Target PMR 2007

       Calon PMR 2007 ialah seramai  179 orang, dimana pilihan

       Kemahiran Teknikal ialah 102 calon manakala pilihan

       ERT 77 orang. Sasaran pada tahun ini ialah mengekalkan

       kelulusan 100% dan meningkatkan kualiti pencapaian

       gred A bagi kedua-kedua pilihan (Rujuk lampiran 1)

 

 

Makluman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua guru

 

 

 

 

 

 

    7.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BIL

 

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

7.1 Proses P&P haruslah menarik dan tidak membosankan.

      Guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai dengan

      kelompok sasaran. Gunakan sebaik mungkin bahan-bahan

      yang dibekalkan kerana pada tahun ini banyak bahan amali

      yang diterima dari Kementerian

7.2 Guru diingatkan supaya menyiapkan kerja kursus lebih

      awal bagi pelajar tingkatan 3 supaya dapat membuat  ulang

      kaji Lebih cepat. Mana-mana pelajar yang telah  bertukar

      pastikan fail kerja kursus di hantar ke sekolah yang baru.

 

AGENDA/PERKARA

 

 

Semua Guru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TINDAKAN

 

   8.

 

 

 

 

Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan

8.1 Ujian dan peperiksaan akan berjalan seperti di dalam

      takwim sekolah kecuali jika dimaklumkan berlaku

      perubahan.Ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan

      tahun di sediakan oleh guru di sekolah manakala

      peperiksaan percubaan dan akhir tahun disediakan oleh

      Jabatan Pendidikan Negeri .

8.2 Jadual pembuat soalan rujuk lampiran 2

 

 

 

Makluman

 

   9.

 

 

 

 

 

 

Pembelian barang dan pengurusan Stok

9.1 Pembelian barang kerja kursus tingkatan 1,2, dan 3 bagi

      projek kerja kayu dan elektronik pilihan teras dan elektif

      Kem. Teknikal telah pun dibuat dan  mengharapkan 

      pilihan ERT juga telah selesai.

9.2 Barang-barang baru kegunaan bengkel telah diterima

      dengan banyaknya pada hujung tahun 2006, diharapkan

      guru-guru Ert dapat sama-sama mengemaskini dan

      menyiapkan buku stok di  bengkel.

 

 

 

Makluman

 

  10.

 

 

 

 

Projek Juara

10.1 Ahli mesyuarat bersetuju supaya pada tahun ini bilik ERT

      tidak memasuki pertandingan JUARA kerana ingin

      memberi tumpuan dan penekanan kepada prestasi pelajar.

      Pertandingan ini akan disertai apabila AJK projek JUARA

      betul-betul bersedia  .

 

 

Makluman

 

   11.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BIL

 

Hal-hal lain

11.1 En. Hashim mencadangkan supaya apron di bengkel

       ditambah sebanyak 20 helai kerana kuantiti yang di hantar

       tidak mencukupi.

11.2 Pn. Zakiah  memohon untuk membeli tangga kerana

        sentiasa mengalami kesulitan apabila ingin memasang

        dan menanggalkan langsir serta melakukan kerja-kerja

        menampal huruf dan mengantung gambar atau carta.

11.3 Cik Normah berharap pintu tandas bilik ERT segera

        dibaiki kerana mengalami kerosakan sukar untuk

        menutupnya.

11.4 En. Ariffin berharap semua guru dapat bersama-sama

        menjaga kebersihan bengkel  dan menyusun atur alatan

        tangan di tempatnya selepas setiap kali amali di jalankan.

11.5 Pn.Rozilawati mencadangkan supaya buku latihan topikal

 

AGENDA/PERKARA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TINDAKAN

 

     

       dapat dibeli untuk pelajar tingkatan 1 dan 2

       memandangkan yang ada sekarang hanyalah soalan latih

       tubi tingkatan 3 dan buku rujukan sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penutup

   -  Pengerusi berharap semua yang telah dibincangkan dapat

      dilaksakan dengan baik kerana ini adalah tanggungjawab  

      yang perlu dilakukan.

   -  Sebarang masalah boleh di rundingkan  supaya setiap guru

      selesa dengan tugas masing-masing.

  -   Mesyuarat diakhiri dengan surah An-Nas dan tasbih

      kifarah.

   

 

 

 

 

 

 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam  2.30  petang.

 

 

Disediakan oleh                                                            Disahkan oleh

 

 

 

-----------------------------                                  --------------------------------------

PN.ZAKIAH BT JUSOH                                 EN. HASHIM B. MAMAT

(Setiausaha Panitia KHB)                                (Ketua Panitia KHB, SMK Berangan)

 

 

Lampiran 1

TARGET PMR 2007

PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL

 

 

PERKARA

 

JUM. CALON

 

A

 

B

 

C

 

D

PMR 2006

107

17

52

29

9

 

 

 

 

 

 

TARGET PMR 2007

 

102

 

30

 

55

 

17

 

0

DARI TINGKATAN