|
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN
16200 TUMPAT , KELANTAN
Tarikh : 22 Januari 2007
Ke Majlis,
------------------------------------------
Tuan/Puan
MESYUARAT PANITIA SIVIK KALI PERTAMA 2007
Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk, satu mesyuarat akan
diadakan sebagaimana berikut :
Tarikh : 23
Januari 2007
Masa : 1.30 Petang
Tempat :
Bengkel KHB SMKB
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1
Ucapan Pengerusi
2.2
Perlantikan Setiausaha Panitia Sivik
2.3
Rancangan Pelajaran
2.4
Buku Persediaan Mengajar
2.5
Wang Peruntukan Sivik
2.6
Pencerapan Hasil Kerja Pelajar
2.7
Penyediaan Soalan Ujian dan Peperiksaan
2.8
Kaedah P & P
2.9
Hal-hal lain
3. Kehadiran adalah diwajibkan
Sekian terima kasih
Yang Menjalankan Tugas,
-------------------------------------
(ROZILAWATI BT AB. AZIZ)
Ketua Panitia Sivik
SMK Berangan.
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK KALI PERTAMA 2007
SMK BERANGAN, TUMPAT, KELANTAN
Tarikh : 23 Januari 2007
Masa : 1.30 Petang
Tempat :
Bilik KHB SMKB
Kedadiran :
1.
En. Ahmad Abd. Rahman
2.
En. Hashim bin Mamat
3.
En. Mazlan bin Ahmad
4.
Pn. Rozilawati bt Ab. Aziz
5.
Pn. Zakiah bt Jusoh
6.
Pn. Siti Fatimah bt Hussain
7.
Cik Normah bt Yusof
Agenda Mesyuarat:
1.0
Ucapan Pengerusi
2.0
Perlantikan Setiausaha Panitia Sivik
3.0
Rancangan Pelajaran
4.0
Buku Persediaan Mengajar
5.0
Wang Peruntukan Sivik
6.0
Pencerapan Hasil Kerja Pelajar
7.0
Penyediaan Soalan dan Peperiksaan
8.0
Kaedah P & P
9.0
Hal- hal lain.
|
BIL |
AGENDA |
TINDAKAN |
|
1.0 |
Ucapan Pengerusi
1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua ahli panitia.
1.2
Mata pelajaran sivik (PSK) adalah salah satu mata
pelajaran yang penting untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti dan diharapkan semua guru sivik mengajar dengan
besungguh-sungguh demi untuk memastikan pelajar mempunyai jati
diri dan sahsiah yang terpuji.
|
|
|
2.0
|
Perlantikan Setiausaha Panitia
2.1
Mesyuarat dengan sebulat suara melantik Pn. Zakiah
Bt Jusoh sebagai Setiausaha Panitia Sivik
|
|
|
3.0 |
Rancangan Pelajaran
3.1
Sesiapa guru yang belum mempunyai rancangan
Pelajaran Sivik boleh dapatkannya daripada Ketua Panitia.
3.2
Pengerusi mengingatkan semua guru sivik bahawasanya
selain adaripada pengajaran dalam kelas subjek ini mengandungi
10 jam Program Khidmat Masyarakat dan ianya dilakukan diluar
waktu persekolahan .
3.3.
Kerja amal khidmat masyarakat memerlukan pelajar
Menyertai secara aktif dalam program dan membuat laporan setiap
aktiviti yang disertai.
3.4.
Berikut adalah antara tajuk- tajuk yang disyorkan
untuk projek khidamat masyarakat :
Tingkatan 1 - Pencapaian Kendiri/
Hubungan Kekeluargaan
Tingkatan 2 - Hidup Bermasyarakat
Tingkatan 3 - Warisan Kepelbagaian Kebudayaan
Malaysia.
|
Semua guru
Sivik |
|
4.0 |
Buku Persediaan Mengajar
4.1
Buku Persediaan Mengajar hendaklah ditulis
berdasarkan tema yang dikhaskan dalam rancangan pelajaran atau
dalam buku teks.
|
Semua guru
Sivik |
|
5.0 |
Wang Peruntukan Sivik
5.1
Baki wang peruntukan sivik tahun lepas adalah
sebanyak RM163.00 dan peruntukan untuk panitia sivik untuk
setiapa tahun ialah RM1632.00
5.2
Wang peruntukan itu bolehlah digunakan untuk
membeli bahan ABM sivik dan program khidmat masyarakat.
5.3
Apa-apa keperluan dan pembelian untuk pengajaran dan
Program khidmat masyarakat hendaklah berbincang dengan ketua
panitia dan pihak sekolah terlebih dahulu.
|
Makluman
Semua guru
Sivik |
|
6.0 |
Pencerapan Hasil/ Kerja Pelajar
6.1
Setiap pelajar dikehendaki mempunyai buku latihan
untuk aktiviti pembelajaran dan laporan khidmat masyarakat.
Buku –buku ini akan dipantau oleh ketua panitia dan ketua bidang.
|
Semua guru
Sivik |
|
7.0 |
Penyediaan Soalan Ujian dan Peperiksaan
7.1 Ujian Februari ini penyediaan soalan ujian adalah seperti
berikut :
Tingkatan 1 - Pn. Rozilawati
Tingkatan 2 - Pn. Zakiah
Tingkatan 3 - Cik Normah
7.2 Penyediaan soalan untuk peperiksaan tidak boleh
ditentukan lagi kerana kebiasaannya guru guru sivik
akan sentiasa berubah. |
Pn. Rozilawat
Pn Zakiah
Cik Normah |
|
8.0 |
Kaedah P & P
8.1
Cadangan akiviti adalah bebas mengikut kreativiti guru
dan bersesuaian dengan tahap pelajar.
8.2
Dicadangkan guru-guru memperbanyakkan aktiviti-
aktiviti yang mengandungi banyak perlibatan pelajar dalam usaha
unuk mengembangkan potensi pelajar.
8.3
Guru-guru digalakkan lebih menjadi penunjuk
cara kepada pelajar. |
Semua guru
Sivik |
|
9.0 |
Hal- hal lain
9.1 Pengerusi menyampaikan pesanan daripada wakil PPD
bahagian Sains Sosia kepada guru-guru iaitu guru-guru
mesti:
9.1.1 Menyediakan buku persediaan mengajar dan
menghantar ke pihak pentadbiran untuk disemak.
9.1.2
Meminta kebenaran daripada pihak pentadbir
Sekolah untuk keluar masuk sekolah semasa waktu persekolahan
9.1.3
Masuk kelas seperti yang dijadualkan
9.1.4
Menyediakan “Head Count” untuk setiap pelajar.
9.1.5
Amalkan kerja berpasukan dan budaya kerja
cemerlang.
|
Semua guru
sivik |
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
--------------------------
-----------------------------------
(PN. ZAKIAH JUSOH) (PN.
ROZILAWATI AB AZIZ)
S/U Panitia Pend. Sivik,
Ketua Panitia Pend. Sivik,
SMK
Berangan
SMK Berangan
Disahkan oleh :
-----------------------------------
(PN. HJH NORLAILA ZAKARIA)
Guru Kanan Sains Sosial)
SMK Berangan
|