'Menerajui Kecemerlangan Akademik Menjelang 2010'

SMK BERANGAN. TUMPAT, KELANTAN

PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

 HOME

 Carta Organisasi

 Rancangan Tahunan

 Minit Mesyuarat

 

 Pautan Panitia

 Panitia Bahasa Melayu

 Panitia Bahasa Inggeris..............................

 Panatia Matematik

 Panitia Sains

 Panitia Sejarah

 Panitia Geografi

 Panitia Pendidikan Islam

 Panitia Pendidikan Seni  

 Visual

 Panitia Kemahiran Hidup

 Panitia Ekonomi Asas

 Panitia Sivik

 

 

******************

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN

16200 TUMPAT , KELANTAN

TEL :  09-7182166

 

                                                                                    

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN

16200 TUMPAT, KELANTAN.

 

 

LAPORAN  MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK

2008

 

 

 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN

16200 TUMPAT, KELANTAN.

______________________________________________________________

                         Rujukan kami :  PPS / msy(1/2008 )

                                                               Tarikh            :  30 Disember 2007 

Kepada:

Guru-guru matapelajaran pendidikan sivik 

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK KALI PERTAMA TAHUN 2008

Perkara di atas adalah dirujuk. 

2.  Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut : 

                              Tarikh :  30 Disember 2007

                               Masa  :  9.00 Pagi

                              Tempat : Bilik Media, SMK Berangan 

3.  Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :  

3.1                         :  Ucapan Aluan Pengerusi

3.2                         ;  Ucapan Wakil Pentadbir

3.3                         :  Laporan Peperiksaan Akhir Tahun 2007

3.4                         ;  Pengurusan Panitia Matapelajaran

3.5                         :  Pencerapan Guru dan Buku Nota Pelajar

3.6                         :  Hal-hal Lain

4.    Kehadiran adalah diwajibkan. 

Sekian, terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas,

 

……………………………………………………………………………………..

( EN ABDULLAH AWANG CHIK)

Ketua Panitia Pendidikan Sivik,

SMK Berangan.

 

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK KALI PERTAMA 2008

SMK BERANGAN , 16200 TUMPAT KELANTAN

Tarikh :     30 Disember 2007

 

Masa  :     9.00 Pagi

 

Tempat :   Bilik Media, SMK Berangan. 

Kehadiran ; 

1.   En Ahmad Bin Hj Abd Rahman ( Pen Kanan HEM )

2.   Pn Hjjah Norlaila Zakaria         ( Ketua Bidang Sains Sosial )

3.   En Abdullah Awang Chik

4.   Pn Rozilawati Abd Aziz

5.   Pn Rosilawati Yasin

6.   Pn Zakiah Jusoh

7.   Pn Normah Ibrahim

8.   PN Che Gayah Che Wil

9.   Cik Normah Yusof 

BIL

AGENDA

TINDAKAN

1.0

Ucapan Pengerusi

 

1.1           Pengerusi mengucapkan  terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia.

 

1.2            Mata pelajaran sivik (PSK) adalah salah satu mata pelajaran yang penting untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan diharapkan semua guru sivik mengajar dengan bersungguh-sungguh demi untuk memastikan pelajar mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji.

 

 

 

2.0

 

Perlantikan Setiausaha Panitia

 

2.1  Mesyuarat  dengan sebulat suara melantik Pn Rosilawati bt Yasin

      sebagai setiausaha Panitia Sivik.

 

 

 

3.0

 

Laporan Peperiksaan Akhir Tahun 2007 (Tingkatan 1 & 2)

 

       Tingkatan 1-Peratus Lulus :   16.32%

                          -Peratus Gagal : 83.68%

       Tingkatan 2-Peratus Lulus :  30.85%

                          -Peratus Gagal : 69.15%

 

3.1  Ketua Panitia mengharapkan kerjasama dan komitmen semua pihak untuk

      memastikan peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan .

 

 

 

4.0

 

Rancangan Pelajaran

 

4.1   Guru- guru yang belum mempunyai rancangan pelajaran sivik boleh

      mendapatkannya daripada Ketua Panitia.

 

4.2           Pengerusi mengingatkan semua guru matapelajaran Sivik yang selain

daripada pengajaran dalam kelas subjek ini mengandungi 10 jam Program Khidmat Masyarakat dan ianya dilakukan di luar waktu persekolahan.

 

4.3  Kerja amal khidmat masyarakat memerlukan pelajar menyertai secara

       aktif dalam setiap program dan membuat laporan setiap aktiviti yang

       disertai.

 

4.4  Berikut adalah antara tajuk-tajuk yang disyorkan untuk projek khidmat

       masyarakat :

 

       Tingkatan 1  :  Pencapaian Kendiri /  Hubungan kekeluargaan

       

       Tingkatan 2 :  Hidup Bermasyarakat

 

        Tingkatan 3 :  Warisan Kepelbagaian Kebudayaan Malaysia.

                                                 

 

 

 

 

Semua guru Sivik

 

5.0

 

Buku Persediaan Mengajar

 

5.1   Buku Persediaan Mengajar hendaklah ditulis berdasarkan tema yang

       dikhaskan  dalam rancangan pelajaran atau dalam buku teks.

 

 

 

Semua guru Sivik

6.0

Wang Peruntukan Sivik

 

6.1           Peruntukan tahunan untuk panitia sivik adalah sebanyak RM 1632. 

 

6.2  Wang peruntukan itu bolehlah digunakan untuk membeli bahan ABM sivik

       untuk setiap tahun.

 

6.3           Apa-apa keperluan serta pembelian untuk pengajaran  dan pembelajaran

di dalam kelas dan Program Khidmat Masyarakat hendaklah dibincangkan

dengan ketua panitia dan pihak sekolah terlebih dahulu.

 

 

 

 

Makluman

 

 

 

 

Semua guru Sivik

 

7.0

 

Pencerapan Hasil / Kerja Pelajar

 

7.1  Setiap pelajar dikehendaki mempunyai buku latihan untuk aktiviti

      pembelajaran dan laporan khidmat masyarakat. Buku-buku ini akan

      dipantau oleh ketua bidang dan ketua panitia.

 

 

 

Semua guru Sivik

 

8.0

 

Penyediaan Soalan Ujian dan Peperiksaan

 

8.1           Untuk ujian Februari ini, penyediaan soalan ujian adalah seperti berikut :

       

       Tingkatan 1  : - Pn. Normah Ibrahim

 

       Tingkatan 2 : - En Ahmad Abd Rahman

 

       Tingkatan 3 : - Pn. Rosilawati Yassin

 

       Tingkatan 4 : - Pn. Rozilawati Abd Aziz

 

 

 

 

 

 

 

Guru berkaitan

 

9.0

 

Kaedah P & P

 

9.1           Cadangan aktiviti adalah bebas mengikut kreativiti guru dan bersesuaian

dengan tahap pelajar.

 

9.2           Guru-guru dicadangkan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang

melibatkan penyertaan aktif pelajar dalam usaha untuk  mengembangkan

potensi pelajar.

 

9.3           Guru-guru digalakkan lebih menjadi petunjuk cara kepada pelajar.

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua guru Sivik

 

10.0

 

Hal-hal lain

 

10.1  Pengerusi mengulangi  pesanan ( tahun 2007 ) daripada wakil PPD

       bahagian Sains Sosial kepada guru-guru , iaitu guru-guru mesti :

 

       10.1.1  Menyediakan buku persediaan mengajar dan menghantar ke pihak

                pentadbiran untuk disemak.

 

       10.1.2 Meminta kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah untuk keluar

                masuk sekolah semasa waktu persekolahan.

 

     10.1.3 Masuk kelas seperti yang dijadualkan.

 

 10.1.4  Menyediakan ‘ Head Count ‘ untuk setiap pelajar.

 

      10.1.5  Amalkan kerja berpasukan dan budaya kerja cemerlang.

 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

 

 

Disediakan:

                                                                          

………………..                                                                 

( PN ROSILAWATI BT YASIN )                    

S/U Panitia Pendidikan Sivik,                                                     

SMK Berangan.                                                                    

 

                                                   

 

Disemak oleh :

 

…………………………………….

( EN ABDULLAH BIN AWANG CHIK )

Ketua Panitia Pendidikan Sivik,

SMK Berangan.

 

 

Disahkan oleh :

 

…………………………………………

( PN HJH NORLAILA BT ZAKARIA )

Ketua Bidang Sains Sosial,

SMK Berangan.

 

              

             

 

 

 

 

 

 

 

Semua Guru Sivik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hak cipta Ramo53 & edi / smkberangan